Saturday, August 29, 2015

Kelas Pekerjaan dalam Insurans dan Takaful

Contoh Kelas Pekerjaan Dalam Insurans dan Takaful


Tahukah anda, antara faktor yang diambil kira untuk permohonan insurans dan takaful adalah PEKERJAAN.
Pekerjaan yang anda lakukan akan menentukan berapa harga caruman insurans dan takaful anda.

Saya akan terangkan di bawah di mana dengan Pelan Takaful dari Takaful Ikhlas, Kelas Pekerjaan adalah sama. Dari Kelas 1 sehingga Kelas 4 untuk semua caruman.

 Kelas Pekerjaan.

Kelas pekerjaan memainkan peranan penting dalam menentukan harga pelan Insurans dan Takaful.

Mereka yang bekerja dalam Kelas 1 dan 2 adalah paling untung kerana harga caruman adalah murah. Dan bagi Kelas 3 dan 4, anda terpaksa membayar harga tambahan atau Loading.

Sekiranya anda adalah dari kalangan yang bekerja di dalam pejabat, maka kelas pekerjaan anda adalah Kelas 1.

Contoh Pekerjaan Kelas 1 : Guru, doktor, pegawai pentadbiran, Senior Eksekutif.

Guru adalah contoh pekerjaan kelas 1 dalam industri Takaful dan insurans
Kerjaya Guru adalah Pekerjaan Kelas 1


Sekiranya, anda adalah eksekutif tetapi ada melibatkan pekerjaan luar seperti jurujual, maka Kelas Pekerjaan anda akan jadi Kelas 2.

Contoh Pekerjaan Kelas 2 : Jururawat,  suri rumah, org yg selalu bekerja di luar pejabat seperti site supervisor.

Site supervisor adalah contoh pekerjaan kelas 2
Contoh Pekerjaan Kelas 2 adalah Site Supervisor


Pekerjaan Kelas 3 pula melibatkan pekerjaan yang melakukan kerja dengan mesin-mesin ringan dan sedikit kerja manual.

Contoh Pekerjaan Kelas 3 : Technician di kilang-kilang, pekerja pembuatan di kilang dan para petani.

Contoh Pekerjaan Kelas 3 dalam industri takaful dan insurans
Contoh Pekerjaan Kelas 3 iaitu Technician Pembuatan.

Pekerjaan Kelas 4 pula adalah pekerjaan yang melibatkan mesin-mesin dan jentera yang berbahaya.

Contoh Pekerjaan Kelas 4 : Pekerja pembinaan, pekerja-pekerja di pelantar minyak.


Contoh Pekerjaan Kelas 4. Pekerja di pelantar minyak.
Contoh Pekerjaan Kelas 4. Pekerja di pelantar minyak.

Bagaimana Jika Semua Kelas Pekerjaan Hanya Pada Satu KELAS??

Sekiranya anda yang bekerja di sektor pelantar minyak dan gas (Oil and Gas) boleh mendapatkan pelan insurans atau takaful pada harga yang dibayar oleh seorang guru, adakah anda akan menimbangkan pilihan tersebut?

Dengan pelan terbaru dari Takaful Ikhlas, kini anda tidak perlu risau lagi dengan loading dan harga tambahan mengikut kelas pekerjaan anda. Ini kerana anda hanya perlu bayar pada harga 1 kelas sahaja.

Jom kita apply sekarang tanpa perlu risau tentang loading berbeza mengikut kelas pekerjaan.

Apply sekarang di SINI.

Sunday, August 23, 2015

Medikal Kad Tanpa Had Tahunan

Tahukah anda, kebanyakkan medikal kad di pasaran, walaupun seringkali di ceritakan oleh agen mempunyai had sehingga RM1 juta, RM2 juta dan sebagainya, mempunyai had tahunan masing-masing.

Contohnya jika dikatakan had RM 1 Juta. Yang sebenarnya adalah Had Seumur Hidup. Bermakna seumur hidup anda boleh claim kes rawatan hospital sehingga RM1 Juta.

Ramai yang tidak selidik bahawa Had Tahunan juga terpakai. Contohnya untuk Had Seumur Hidup RM1 Juta, had tahunan adalah RM100,000 sahaja. Sekiranya bil rawatan melebihi RM100,000, apa akan terjadi?
Ya, anda harus keluarkan duit sendiri!!!

Ada ke Pelan yang TIADA HAD TAHUNAN???

Ye ada. Produk Medikal Kad Terbaik terbaru dari Takaful Ikhlas tiada Had Tahunan!!




Berapakah harga kos untuk Pelan Medikal Kad Tanpa Had Tahunan ini?

Jika kita teliti, medikal kad tanpa had tahunan sudah tentu kosnya tinggi. Tapi kenyataannya tidak.

Sebagai contoh,untuk lelaki berumur 30 tahun, dengan hanya RM150 sebulan sudah boleh mendapatkan :

1) Faedah Kematian dan Hilang Upaya kekal RM50,000
2) Faedah 40 Penyakit Kritikal RM50,000
3) Pengecualian Bayaran jika mengalami hilang upaya kekal atau sakit kritikal.
4) Melindungi sehingga umur 100 Tahun
5) Medikal Kad RM850,000 Tanpa Had Tahunan dan Tanpa Kotakaful!

Medikal Kad Terbaik boleh guna sehingga RM3.5 Juta.
Dengan hanya RM150 sebulan, anda lelaki berumur 30 tahun dah ada medikal kad RM850,000.


Jom Apply sekarang di SINI.